Showing posts with label PA. Show all posts
Showing posts with label PA. Show all posts

Friday, 30 July 2021

Pengurusan sisa pepejal di Malaysia

Pengenalan:

Lambakan penghasilan sisa pepejal telah menjadi satu bebanan besar kepada alam sekitar khususnya di kawasan bandar. 

[2]  Kadar penjanaan sampah harian dalam kalangan rakyat di Malaysia telah menunjukkan pertambahan sebanyak 100.75 peratus kepada 38,142 tan pada tahun 2018, berbanding 19,000 tan pada 2005. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), seorang rakyat dianggarkan menghasilkan 1.17 kilogram (kg) sampah sehari pada 2018, berbanding 0.8kg pada 2005. 

[1] Kadar penjanaan sisa pepejal dianggarkan terus meningkat seiring pertambahan populasi penduduk. [3] Berdasarkan laporan Perangkaan Demografi bagi suku pertama 2021 di Malaysia, jumlah penduduk Malaysia dianggarkan seramai 32.75 juta pada suku pertama 2021, kadar populasi meningkat 0.4 peratus daripada 32.62 juta bagi tempoh sama pada 2020.

Pertambahan kadar populasi akan menyumbang kepada pertambahan penghasilan sisa pepejal secara tidak langsung dan [1] ketepuan tapak pelupusan sampah di seluruh negara.

Isu sebenar mengenai pengurusan sisa pepejal di Malaysia:-

1. Kos pengurusan sampah yang dikeluarkan oleh kerajaan amat tinggi

  •  [1] Kos pengurusan sampah bagi tujuh negeri iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur; Johor; Melaka; Negeri Sembilan; Pahang; Kedah dan Perlis di bawah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) mencecah RM2 bilion setiap tahun.
  • Skop pengurusan sampah meliputi tiga kategori perkhidmatan iaitu kutipan, pengangkutan dan pelupusan. 
  • Kos operasi mahal terutamanya pelupusan mengunakan kaedah rawatan termal seperti loji insinerator atau menggunakan kaedah pelupusan seperti tapak pelupusan sanitari.

2. Kekurangan tanah untuk tapak pelupusan
  • [1] Jangka hayat sesebuah tapak pelupusan adalah 20 hingga 25 tahun bergantung kepada keluasan tanah tersebut. Tanah yang dijadikan tapak pelupusan tidak boleh digunakan untuk sebarang pembangunan atau projek kerana ia perlu dirawat sekurang-kurangnya selama 20 tahun untuk menyingkirkan kesan pencemaran air larutan serapan (leachate) dan gas berbahaya.
  • [1] Pembangunan terutamanya di kawasan bandar semakin pesat menyukarkan proses mendapatkan tanah sesuai dijadikan kawasan pelupusan sampah kerana masyarakat tidak mahu ia terletak berhampiran kawasan rumah.
  • [1] Bagi kawasan pesat membangun, tanah kosong yang ada hanya di kawasan tadahan air dan hutan simpan yang tidak disesuai untuk dijadikan sebagai tapak pelupusan. 

3. Kesedaran yang kurang mendalam berkaitan pengurusan sisa pepejal dalam kalangan rakyat Malaysia
  • [2] Peratusan sisa plastik direkodkan meningkat 20 peratus pada 2018, berbanding 44.5 peratus daripada keseluruhan sampah adalah sisa makanan, manakala sisa plastik (13.2 peratus) dan lampin pakai buang (12.1 peratus), pada 2005.
  • Masyarakat tidak memberi perhatian kepada isu pengurusan sisa pepejal seolah-olah ini bukan tanggungjawab mereka bersama dan tidak mengendahkan untuk mengasingkan sisa buangan.
  • [1] Penjanaan sampah boleh dikurangkan jika masyarakat mengamalkan cara pembuangan sampah dengan betul termasuk menjadikan pengasingan sisa daripada punca sebagai amalan dan mempraktikkan kitar semula.

4. Kelemahan penguatkuasaan serta pemantauan daripada pihak yang bertanggungjawab

  • Sebagai contoh, pembuangan kertas dan botol minuman merata-rata telah meningkatkan kos pembersihan dan pelupusan sampah. Sewajarnya tong-tong sekitar semula diletakkan di banyak tempat khususnya di bangunan-bangunan pejabat, restoran dan pusat komersil untuk pembuangan kertas, botol dan tin aluminium.
  • Langkah tersebut membolehkan bahan-bahan tersebut diproses dan dikeluarkan semula bagi tujuan penggunaan industri sekaligus dapat mengurang kos pembersihan dan pelupusan sisa pepejal.

Penutup:

[1] Jangan pandang ringan kepentingan amalan kitar semula kerana ia amat penting dan impaknya sangat besar kepada kehidupan seharian dan masa depan kita. Sekiranya sikap rakyat tidak diperbetulkan, negara akan menjadi longgokan sampah dan mendatangkan kesan yang teruk secara berperingkat terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia.

[2] Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama bekerjsama untuk merealisasikan agenda 'Malaysia Negara Bersih'. Semua pihak dan masyarakat yang terlibat dalam proses pengurusan sisa pepejal secara langsung atau tidak langsung perlu lebih peka terhadap isu penghasilan, pengasingan dan pembuangan sampah supaya kita tidak menjadi masyarakat yang rugi di muka bumi ini akibat daripada tangan kita sendiri.

Rujukan:

[1] https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/574909/rakyat-malaysia-hasil-37890-tan-sisa-setiap-hari

[2] https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/643354/pembuangan-sampah-negara-meningkat-10075-peratus

[3] https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/821329/populasi-malaysia-3275-juta-pada-suku-pertama-2021

Saturday, 12 October 2013

Isu Konflik Kuil Preah Vihear

Extra knowledges for Pengajian Am(PENGGAL 3)

Ringkasan: 

Kuil Preah Vihear

Pada tahun 1962, berlaku pertikaian hangat antara pihak Thailand dan Kemboja mengenai pemilikan kuil Preah Vihear. Mahkamah Keadilan Antarabangsa di Hague memutuskan bahawa kuil berkenaan adalah milik Kemboja. Sejak itu dunia mengiktiraf kedaulatan Kemboja ke atas kuil Preah Vihear.
Bagi Kemboja dan Thailand, adalah amat merugikan sekiranya kerjasama ekonomi dan kestabilan hubungan politik yang dicapai selama ini terhakis kerana isu yang dianggap kecil berbanding dengan masalah-masalah lain yang mereka hadapi, dan ia telah lama diselesaikan mengikut undang-undang antarabangsa.

Tuesday, 27 August 2013

Isu Kepulauan Spratly

INFO UNTUK MEMAHAMI LATAR BELAKANG ISU KEPULAUAN SPRATLY YANG MENJADI REBUTAN ANTARA NEGARA-NEGARA..
CLICK HERE http://www.scribd.com/doc/95149151/Latar-Belakang-Konflik-Di-Kepulauan-Spratly


Wednesday, 15 May 2013

Pelan Pembangunan Pendidikan M'sia-2013-2025 Ringkasan Eksekutif BM

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-2013-2025 

ASPIRASI TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN DAN MURID DI MALAYSIA

  • Akses
  • Kualiti
  • Ekuiti
  • Perpaduan
  • Kecekapan

ASPIRASI TERHADAP MURID DI MALAYSIA

Enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global.
  • Pengetahuan
  • Kemahiran berfikir
  • Kenahiran memimpin
  • Kemahiran dwibahasa
  • Etika kerohanian
  • Identiti nasional

Sebelas anjakan untuk transformasi sistem

  1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
  2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  3. Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai
  4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
  5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan setiap sekolah
  6. Mengupaya JPN, PPD, dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan
  7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
  8. Mentranformasikan kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian
  9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
  10.  Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
  11. Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung

# Pengajian Am Penggal 2- soalan struktur ( Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-2013-2025
perlu diambil perhatian kerana belum keluar dalam STPM 2013 Penggal 2 ataupun 2013 Ulangan 2)

BM version: Click me! ^^
English version: Click me~

Saturday, 20 April 2013

Cabaran dalam pembangunan ekonomi negara

Krisis kewangan Asia 1997



Malaysia

Pada 1997, Malaysia memiliki defisit akaun mata wang melebihi 5 % KDNK. Pada bulan Julai, ringgit Malaysia diserang oleh penyangak mata wang. Malaysia menambat mata wangnya pada 17 Ogos 1997 selepas ringgit jatuh menjunam. Empat hari kemudian Standard and Poor's menurunkan rating hutang Malaysia. Seminggu kemudian, agensi rating tersebut menurunkan rating Maybank, bank terbesar Malaysia. Pada hari yang sama, Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh 856 mata, titik terendahnya semenjak 1993. Pada 2 Oktober, ringgit jatuh lagi. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad telah memperkenalkan kawalan "modal".

Pada 1998, pengeluaran di berbagai sektor menurun iaitu sektor pembinaan menyusut sebanyak 23.5 %, pengeluaran menyusut 9 % dan pertanian 5.9 %. Keseluruhan GDP negara menurun sebanyak 6.2 % pada tahun 1998. Tetapi Malaysia merupakan negara terpantas pulih daripada krisis ini dengan menolak bantuan IMF.



sumber: wikipedia.org/wiki/Krisis Kewangan Asia_1997



Thursday, 8 November 2012

STPM Pengajian AM 2001 Kertas 1 dan 2

STPM Pengajian AM 2001 Kertas1 download
STPM-Pengajian-AM-2001-Kertas2   download

 ( kedua-dua kertas ada jawapan)


Saturday, 11 August 2012

Dewan Rakyat ( nota ringkas)

Dewan Rakyat (DR)
- tempat untuk wakil2 rakyat menyuarakan pendapat & membela kws yg diwakilinya.

Kelayakan ahli DR:
- warganegara M'sia
- sempurna akal
-berumur 21 ke atas
-bukan seorg muflis
-tiada rekod jenayah
-tidak melakukan kesalahan yg menyebabkan keahliannya dibatalkan.

* Seseorg ahli DR
-blh menjadi ahli DUN pada masa yg sama
-tidak blh menjadi ahli DR kawasan lain /ahli DN pada masa yg sama

Hilang kelayakan
1. tidak hadir mesyuarat DR selama 6 bulan  berterusan tanpa mendapat izin Majlis Parlimen.
2. tidak m'angkat sumpah dlm tempoh 6 bulan dari tarikh persidangan DR.

Kerusi diisytiharkan kosong apabila ahli DR:
~hilang kelayakan
~meninggal dunia
~ berhenti menjadi ahli


Dewan Negara (nota ringkas)

DN(DEWAN NEGARA)

-26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri(DUN) sbg mewakili 13 n'gri.
>setiap n'gri ada 2 wakil.
-44 ahli dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong(YDPA) atas nasihat PM
>2 dari Wilayah Persekutuan KL, 1 dari WP Labuan, 1 dari Putrajaya.

Kelayakan seseorg ahli

calon hendaklah memenuhi syarat2 berikut:
-warganegara M'sia
-umur x kurang drpd 30 thn
-waras fikiran
-bukan seorg muflis
-tidak m'punyai rekod jenayah


Catatan:

-jawatan blh dipegang satu penggal (3 thn), blh disambung sebanyak satu penggal lagi.
-DN tidak b'ubah dgn pembubaran parlimen.
-ahli mesti m'angkat sumpah di depan Yang diPertua DN.

Parlimen blh dgn undang2:

-menambah bilangan ahli yg akan dipilih bagi tiap2 negeri hingga 3 org.
-m'buat peruntukan supaya ahli yang akan dipilih (bagi tiap2 n'gri) dipilih dgn undi terus o pemilih2 n'gri itu.
-mengurangkan bilangan ahli2 yg dilantik @ m'hapuskan ahli2 yg dilantik.

Fungsi DN
1.m'bahaskan rang undang2 yg diluluskan oleh DR.
  > blh memulakan rang undang2 kecuali Rang Undang2 Kewangan.

2.berkuasa menangguhkan rang undang2 yg diluluskan oleh DR tapi x berkuasa menolaknya.
  > rang undang2 kewangan , DN blh tangguh 1 bulan shj.
  > rang undang2 lain, DN blh tangguh 1 thn.

3. tidak blh pinda rang undang2 jika pindaan x diterima oleh DR.
  >hanya blh minta DR m'kaji semula rang undang2 apabila menangguhkan rang undang2 tersebut.