If you are a student of STPM biology who registered this year (2012) in Lower 6 (the first year of Form 6) and next year (2013), then you should see this. :) GREAT info.
Sudah menjadi kebiasaan setiap hari penduduk bandar akan memandu ke tempat kerja. Keadaan ini menyebabkan bandar besar, seperti Kuala Lumpur, mengalami kesesakan trafik dan masalah pencemaran udara. Berbasikal adalah cara yang baik untuk masyarakat dalam usaha pengurangan pelepasan karbon. Tidak dapat dinafikan berbasikal merupakan pengangkutan yang paling murah dan dianggap sebagai pilihan mesra alam kerana tiada pencemaran bunyi bising, tiada bau asap yang tidak menyenangkan dan mudah digunakan.
Bandar-bandar yang mempunyai budaya berbasikal yang tinggi mempunyai infrastruktur yang baik bagi memenuhi keperluan pengguna basikal seperti lorong basikal yang sistematik, rak basikal yang mencukupi dan rangkaian sistem pengangkutan yang berkesan.
Cabaran
Di Malaysia, adalah dialu-alukan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur berusaha ke arah mesra berbasikal supaya dapat mengurangkan kenderaan di jalan raya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor seperti cuaca yang panas dan lembap dan sikap rakyat menjadi penghalang kepada amalan berbasikal.
Statistik
Amalan mesra alam ini amat ketara di negara-negara maju seperti di Eropah dan Jepun. Di Copenhagen dan Amsterdam, hampir 40% daripada komuniti mereka menunggang basikal untuk melakukan kerja-kerja harian seperti berulang-alik tempat kerja, menjalankan urusan tugasan dan menghantar anak-anak ke sekolah.
Menurut Kalkulator Kebudayaan Iklim, dianggarkan penggunaan basikal sejauh 10 kilometer boleh mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 470 kilogram setahun.
Beberapa bandar di Eropah mempunyai sistem pinjam atau sewa basikal yang praktikal dan selesa untuk pengguna. Sewaan basikal adalah percuma untuk 30 minit penggunaan dan basikal boleh dipulangkan di mana-mana stesen yang terdapat di sekitar bandar. Perkhidmatan percuma ini adalah langkah menggalakkan penduduk tempatan supaya tidak memilih penggunaan kereta bagi perjalanan jarak dekat.
Penutup
Sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah yang proaktif untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan yang menjimatkan tenaga dan lebih ekonomik malah boleh melindungi alam sekeliling kita dan mewujudkan persekitaran yang lebih sihat.
-pohon2 besar akan bertindak dgn memberi teduhan kepada bangunan dan objek yang berada di sekelilingnya daripada cahaya matahari. -mengurangkan penggunaan alat penghawa dingin -menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
2.mengurangkan pencemaran bunyi bising dan kelajuan angin
-batang dan daun pokok boleh menyerap bunyi bising yang terdapat di sekelilingnya. -menyerap bunyi bising daripada kenderaan dan membentuk sempada antara ruang pejalan kaki dan jalan raya. -mengurangkan impak hakisan angin kepada bangunan dengan memperlahankan kelajuan angin.
3. meredakan suhu setempat
-proses transpirasi -meredakan suhu setempat- mengurangkan kesan pulau haba di kawasan bandar -Air yang berada di permukaan daun disejat ke atmosfera- menyingkirkan tenaga haba dari udara -Sebatang pokok- menebaskan sebanyak 1514 liter air setiap hari melalui proses transpirasi -melindungi mata daripada silau akibat pantulan cahaya matahari ke atas kaca bangunan, kereta, jalan raya...
4. melindungi hidupan liar dan diversiti tumbuhan
-Menjadi tempat tinggal, makanan dan memberi perlindungan kepada haiwan. -menjadi tempat persinggahan sementara bagi burung2. Pelbagai spesis tumbuhan dapat dipelihara dan ini akan menambahkan sifat semulajadi di kawasan tersebut.
5.melindungi sumber air dan menghalang hakisan tanah
-pokok membantu menghalang hakisan tanah- meredakan tujahan air hujan yang jatuh- akar pokok memegang tanah dan menyerap nutrien berbahaya seperti fosforus, potasium, nitrogen yang berlebihan. -Dengan ini, air bawah tanah yang terhasil tidak tercemar -menyerap air- mengelakkan banjir -mengurangkan kadar kelajuan air hujan- mengelakkan tanah runtuh