Friday 15 March 2013

Pengurusan hutan secara mapan

Pengurusan hutan secara mapan (Sustainable Forest Management-SFM):


Pengurusan hutan untuk pelbagai kegunaan yg akan memberi manfaat kpd ekologi, ekonomi, alam sekitar, sosial dan nilai budaya untuk generasi kini dan akan datang.
Kepentingan pengurusan hutan dan peranan hutan dalam mengekalkan kepelbagaian biologi sudah diperakui secara global.


Sebanyak 60% (19.52 juta hektar) daipada negara ini masih diliputi hutan hujan tropika:

  • 14.39 juta hektar diwartakan sebagai hutan simpan kekal
  • 3.21 juta hektar sebagai kawasan terpelihara

Pengurusan secara mapan berpandukan prinsip kemapanan

  • Mengenalpastikan kawasan" Hutan Pengeluaran" dalam kawasan hutan kekal untuk pengeluaran balak secara terkawal.
  • Pengeluaran balak dilakukan secara berkala- membolekan pemulihan semula kawasan yang telah ditebang.
  • Pemantauan ke atas kawasan hutan pengeluaran.
  • Aktiviti2 yg menyumbangkan kpd pengeluaran balak dan hasil hutan dijalankan secara teratur supaya tidak menjejaskan ekosistem hutan.


Dalam Rancangan Malaysia ke-9, kerajaan Malaysia mengambil langkah untuk memperkasakan pengurusan sumber hutan secara mapan seperti berikut:

  • Pemeliharaan produk hutan
  • Pemeliharaan kawasan tadahan air
  • Pelancongan ekologi
  • Pembuatan produk herba dan perubatan
  • Carigali biologi ( Bio-prospecting)


Sumber: Era Hijau 2011


No comments:

Post a Comment