Friday 2 November 2012

Kepentingan pokok kepada manusia dan Alam semulajadi

1. menjimatkan sumber tenaga

-pohon2 besar akan bertindak dgn memberi teduhan kepada bangunan dan objek yang berada di sekelilingnya daripada cahaya matahari.
-mengurangkan penggunaan alat penghawa dingin
-menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

2.mengurangkan pencemaran bunyi bising dan kelajuan angin

-batang dan daun pokok boleh menyerap bunyi bising yang terdapat di sekelilingnya.
-menyerap bunyi bising daripada kenderaan dan membentuk sempada antara ruang pejalan kaki dan jalan raya.
-mengurangkan impak hakisan angin kepada bangunan dengan memperlahankan kelajuan angin.

3. meredakan suhu setempat

-proses transpirasi -meredakan suhu setempat- mengurangkan kesan pulau haba di kawasan bandar
-Air yang berada di permukaan daun disejat ke atmosfera- menyingkirkan tenaga haba dari udara
-Sebatang pokok- menebaskan sebanyak 1514 liter air setiap hari melalui proses transpirasi
-melindungi mata daripada silau akibat pantulan cahaya matahari ke atas kaca bangunan, kereta, jalan raya...

4. melindungi hidupan liar dan diversiti tumbuhan

-Menjadi tempat tinggal, makanan dan memberi perlindungan kepada haiwan.
-menjadi tempat persinggahan sementara bagi burung2.
Pelbagai spesis tumbuhan dapat dipelihara dan ini akan menambahkan sifat semulajadi di kawasan tersebut.

5.melindungi sumber air dan menghalang hakisan tanah

-pokok membantu menghalang hakisan tanah- meredakan tujahan air hujan yang jatuh- akar pokok memegang tanah dan menyerap nutrien berbahaya seperti fosforus, potasium, nitrogen yang berlebihan.
-Dengan ini, air bawah tanah yang terhasil tidak tercemar
-menyerap air- mengelakkan banjir
-mengurangkan kadar kelajuan  air hujan- mengelakkan tanah runtuh


3 comments: