Friday, 16 August 2013

Perlindungan Hutan

Rangka Pengenalan

Sebuah planet yang sihat memerlukan hutan yang sihat. Hutan membantu dalam mengawal cuaca dengan cara menyerap dan menyimpan karbon dioksida. Menurut Organisasi Makanan dan Agrikultur Bangsa-bangsa Bersatu (FAO), dalam masa 5 tahun terakhir ini, bumi telah kehilangan sebanyak 37 juta hektar hutan.


Kesan Negatif Penebangan Hutan

  • Hidupan liar kehilangan habitat. Akibatnya kepupusan flora dan fauna berlaku.
  • Keseimbangan gas karbon dalam atmosfera terjejas. Kandungan CO2 semakin meningkat.
  • Rantaian makanan di kawasan hutan terjejas.
  • Pembalakan yang tidak dikawal menyebabkan kawasan tadahan air terjejas.
  • Kehilangan kayu keras berharga.
  • Spesies haiwan dan tumbuhan terancam.

Kaedah mengatasi Kehilangan Kws Hutan

  • Penanaman semula pokok hutan secara berterusan dan terkawal - mengelakkan kepupusan dan ancaman spesies pokok hutan untuk jangka panjang.
  • Menjalankan penguatkuasaan yan lebih berkesan. Contohnya, mengenakan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang sengaja menebang hutan secara haram dan mencemarkan alam sekitar.
  • Menjalankan kempen pemeliharaan dan pemuliharaan hutan bagi menlindungi, merancang dan mengurus sumber semula jadi agar kekal berterusan.
  • Menjalankan byk aktiviti penyelidikan hutan supaya dapat membantu dan menambahbaik cara atau kaedah penjagaan hutan secara berkualiti.

Rangka penutup

Pembangunan pesat yang berlaku telah mengancam kedudukan dan keadaan semula jadi di hutan.
Jika pembasmian hutan terus berlaku, dua pertiga daripada spesies di hutan hujan tropika akan pupus sebelum kita berjaya menemuinya menjelang tahun 2025.
Pengawalan perlu dilakukan melalui penguatkuasaan undang-undang dan kerjasama drpd semua pihak bagi membendung kemusnahan hutan yang berterusan.
Dieditkan dan ditaip oleh Angela
Sumber: Era Hijau 2-2011 muka surat 6 dan 7


No comments:

Post a Comment