Saturday 20 April 2013

Cabaran dalam pembangunan ekonomi negara

Krisis kewangan Asia 1997



Malaysia

Pada 1997, Malaysia memiliki defisit akaun mata wang melebihi 5 % KDNK. Pada bulan Julai, ringgit Malaysia diserang oleh penyangak mata wang. Malaysia menambat mata wangnya pada 17 Ogos 1997 selepas ringgit jatuh menjunam. Empat hari kemudian Standard and Poor's menurunkan rating hutang Malaysia. Seminggu kemudian, agensi rating tersebut menurunkan rating Maybank, bank terbesar Malaysia. Pada hari yang sama, Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh 856 mata, titik terendahnya semenjak 1993. Pada 2 Oktober, ringgit jatuh lagi. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad telah memperkenalkan kawalan "modal".

Pada 1998, pengeluaran di berbagai sektor menurun iaitu sektor pembinaan menyusut sebanyak 23.5 %, pengeluaran menyusut 9 % dan pertanian 5.9 %. Keseluruhan GDP negara menurun sebanyak 6.2 % pada tahun 1998. Tetapi Malaysia merupakan negara terpantas pulih daripada krisis ini dengan menolak bantuan IMF.



sumber: wikipedia.org/wiki/Krisis Kewangan Asia_1997



1 comment:

  1. Cabaran memacu untuk berusaha lebih baik lagi, salam blogger dari saya di Indonesia

    ReplyDelete