Thursday 20 September 2012

Pelan Integriti Nasional (PIN)

pelan integriti nasional.pdf
kandungannya:
1-perspeksi antarabangsa tentang tahap rasuah di malaysia
2-langkah yang telah diambil untuk mengukuhkan integriti
3-JKP (Objektif)
4-cabaran & faktor menjejaskan integriti
5-kemerosotan integriti (5 isi)
6-PIN (Objektif, konsep)
7-sasaran PIN (ada 5) + huraian
8-pelan tindakan (strategi2)
9-faktor penentu kejayaan PIN
10-IIM (fungsi)

Nota Tambahan:
Pelan Integriti Nasional (PIN) adalah merupakan suatu pelan tindakan untuk mempertingkat dan mengukuhkan tahap integriti nasional secara bersepadu dan komprehensif. PIN akan menjadi teras panduan utama kepada semua sektor sosio politik dan ekonomi yang merangkumi masyarakat umum, sektor awam, sektor swasta, sektor politik, golongan belia dan pelajar, golongan wanita, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Hala tuju dan bimbingan multi-sektor secara bekerjasama di bawah PIN akan membolehkan kita berusaha bagi membina sebuah masyarakat maju menurut acuan sendiri yang berintegriti, bermoral dan beretika, yang dapat meningkatkan daya saing dan daya tahan negara.

Penggubalan PIN adalah bersesuaian serta selaras dengan aspirasi Cabaran Keempat Wawasan 2020, iaitu, "mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang paling tinggi". PIN merupakan kerangka yang akan membolehkan penglibatan semua pihak bagi meningkatkan integriti dan etika, memerangi rasuah dan aktiviti tidak beretika yang lain. Pelan ini merupakan suatu living document, di mana dokumen ini adalah bersifat dinamik dan boleh ditambahbaik secara berterusan. Falsafah dan wawasan yang didukungnya akan tetap sama, iaitu ke arah memantapkan integriti masyarakat dan negara.

Bagi mengoperasikan PIN, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah ditubuhkan. IIM adalah sebuah institusi nasional yang mendokong pelaksanaan dan pengisian PIN. Institut ini berperanan melaksanakan pelbagai objektif dan program PIN melalui penyelidikan, pendidikan, latihan, penerbitan, forum, persidangan atau bengkel, khidmat masyarakat dan lain-lain program yang berkaitan. Dalam hubungan ini, IIM dari semasa ke semasa akan menganjurkan konvensyen atau persidangan sebagai satu usaha berterusan bagi mendapatkan maklum balas serta merumuskan pandangan dan pendapat dari pelbagai sektor, mengenai kemajuan dan halangan kepada pelaksanaan integriti secara nasional.

Penggubalan PIN serta penubuhan IIM adalah merupakan suatu usaha penting bagi menggembleng seluruh jentera kerajaan, swasta dan segenap lapisan masyarakat dalam suatu gerakan nasional secara terancang, sistematik, bersepadu dan berterusan ke arah pembangunan sebuah negara yang berteraskan nilai murni dan integriti tinggi.