Sunday 18 November 2012

Gaya Hidup Berbasikal: Pengangkutan Lestari

Gaya Hidup Berbasikal

Sudah menjadi kebiasaan setiap hari penduduk bandar akan memandu ke tempat kerja. Keadaan ini menyebabkan bandar besar, seperti Kuala Lumpur, mengalami kesesakan trafik dan masalah pencemaran udara.
Berbasikal adalah cara yang baik untuk masyarakat dalam usaha pengurangan pelepasan karbon. Tidak dapat dinafikan berbasikal merupakan pengangkutan yang paling  murah dan dianggap sebagai pilihan mesra alam kerana tiada pencemaran bunyi bising, tiada bau asap yang tidak menyenangkan dan mudah digunakan.

Bandar-bandar yang mempunyai budaya berbasikal yang tinggi mempunyai infrastruktur yang baik bagi memenuhi keperluan pengguna basikal seperti lorong basikal yang sistematik, rak basikal yang mencukupi dan rangkaian sistem pengangkutan yang berkesan.


Cabaran

Di Malaysia, adalah dialu-alukan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur berusaha ke arah mesra berbasikal supaya dapat mengurangkan kenderaan di jalan raya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor seperti cuaca yang panas dan lembap dan sikap rakyat menjadi penghalang kepada amalan berbasikal.

Statistik

Amalan mesra alam ini amat ketara di negara-negara maju seperti di Eropah dan Jepun. Di Copenhagen dan Amsterdam, hampir 40% daripada komuniti mereka menunggang basikal untuk melakukan kerja-kerja harian seperti berulang-alik tempat kerja, menjalankan urusan tugasan dan menghantar anak-anak ke sekolah.

Menurut Kalkulator Kebudayaan Iklim, dianggarkan penggunaan basikal sejauh 10 kilometer boleh mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 470 kilogram setahun.


Beberapa bandar di Eropah mempunyai sistem pinjam atau sewa basikal yang praktikal dan selesa untuk pengguna. Sewaan basikal adalah percuma untuk 30 minit penggunaan dan basikal boleh dipulangkan di mana-mana stesen yang terdapat di sekitar bandar. Perkhidmatan percuma ini adalah langkah menggalakkan penduduk tempatan supaya tidak memilih penggunaan kereta bagi perjalanan jarak dekat.


Penutup

Sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah yang proaktif untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan yang menjimatkan tenaga dan lebih ekonomik malah boleh melindungi alam sekeliling kita dan mewujudkan persekitaran yang lebih sihat.


No comments:

Post a Comment