Saturday 27 October 2012

Dasar Teknologi Hijau (hot tajuk stpm!)

Teknologi Hijau: teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada.

Contohnya, apabila kita menggunakan teknologi hijau, maksudnya kita menggunakan tenaga, air dan sebagainya secara minimum dalam menjalani kehidupan seharian.

Malaysia tidak terkecuali dalam menggalakkan rakyat menggunakan Teknologi Hijau yang telah dihasratkan melalui Dasar Teknologi Hijau Negara.
Hasrat ini boleh dicapai dengan pelaksanaan lima teras strategik yang berikut:

1. Mengukuhkan rangka kerja institusi
~Institusi utama berkaitan dengan Teknologi Hijau di Malaysia adalah Majlis Teknologi Hijau, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Teknologi dan juga Agensi Teknologi Hijau Malaysia.
~memastikan penggunaan Teknologi Hijau berkembang di Malaysia.

2. Menyediakan persekitaran kondusif untuk pembangunan Teknologi Hijau
~ Hasrat pertumbuhan industri Teknologi Hijau, sama ada dalam sektor pembuatan atau perkhidmatan, adalah kritikal ke arah memenuhi objektif Dasar Teknologi Hijau Negara.
~membekalkan Teknologi Hijau untuk pasaran tempatan dan global, mewujudkan peluang pekerjaan dan menyumbang kepada ekonomi negara.

3. Mempergiat Penyelidikan dan inovasi Teknologi Hijau
~Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Pengkomersialan (RDIC) amat penting dalam mencipta teknolgi baru dan aplikasi yang akan mengurangkan kos dan mempromosikan penggunaan Teknologi Hijau.
~Pihak kerajaan harus sentiasa memastikan kerja-kerja RDI ditingkatkan dari semasa ke semasa oleh agensi kerajaan dan swasta.
~Menyalurkan dana supaya penyelidikan dan inovasi Teknologi Hijau dapat dikembang.

4. Promosi dan kesedaran awam
~ pembangunan Teknologi Hijau memerlukan perubahan pemikiran masyarakat Malaysia.
Oleh itu, usaha daripada pelbagai pihak dalam meningkatkan kesedaran awam terhadap penggunaan Teknologi Hijau diperlukan.
~contohnya, mengadakan pertandingan.

5.Memperkukuh pembangunan modal insan dalam Teknologi Hijau
~Modal insan=aset penting dalam sesebuah negara dan merupakan sumber yang boleh diperbaharui.
~penting dalam menggerakkan pertumbuhan ekonomi, politik dan sosial.
~Sumber manusia yang mahir, cekap dan produktif adalah penting dan amat diperlukan untuk pembangunan Teknologi Hijau.


No comments:

Post a Comment