Wednesday 24 October 2012

Bagaimana mengurangkan sampah sarap negara??

Statistik Dewan Bandaraya KL:
-Penduduk ibu negara yang berjumlah kira-kira 2 juta orang, menjana sebanyak 2500 tan sampah sehari.
-Daripada peratusan sisa pepejal yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia, sampah domestik merupakan yang tertinggi sekali iaitu 36.5%.
- Menurut pakar, tapak pelupusan sampah boleh bertahan selama 10 tahun sekiranya rakyat Malaysia megitar semula 50% daripada sampah mereka.

Cara mengurangkan penghasilan sampah sarap:
1. Kitar semula
-mengurangkan penghasilan sisa pepejal negara melalui 3R (Reduce, Reuse and Recycle)
-Di negara maju seperti Jepun, mereka mengamalkan 5R (Reduce, Reuse, Recycle, Repair and Refuse)
-Mereka mempunyai satu frasa yang merangkumi keseluruhan kaedah 5R iaitu "Mottainai" yang membawa maksud "satu konsep membeli apa yang diperlukan sahaja demi mengelakkan pembaziran."
-Dalam jangka masa panjang, kitar semula adalah lebih murah berbanding dengan penjagaan sesebuah tempat pelupusan sampah. Apabila program kitar semula semakin berkesan, sampah yang dibuang juga semakin berkurangan.
-Di samping itu, program kitar semula mempunyai ciri mesra alam, menawarkan 5 kali ganda pekerjaan berbanding dengan pekerjaan pembuangan sampah seperti jurutera, pakar pengendali mesin, pengawai alam sekitar dan buruh am.
-Pencapaian kitar semula hanya di tahap 5% manakala sasaran program ini sehingga tahun 2020 adalah 22%.

2. Berbelanja secara pintar
-Menggantikan produk pencuci toksik seperti minyak tanah, pencuci longkang dan peluntur kepada bahan-bahan yang boleh didapati di rumah seperti cuka, jus limau dan serbuk penaik.
-Dijamin keselamatan, murah dan berkesan di samping mengurangkan kesan/impak negatif kepada alam sekitar.
-Sebelum membuat pembelian, sebagai pengguna, kita perlu membaca dengan teliti maklumat yang ada, memikirkan sama ada kandungannya akan memudaratkan alam sekitar atau sebaliknya, juga perlu memikirkan sama ada bahan pencuci itu, boleh dikitar semula atau sebaliknya.

3. Kompos
-Maksud kompos ialah mengitar semula sisa-sisa makanan ~sayuran, buah-buahan, bahan buangan dari kebun(daun, ranting kayu, pokok mati).
-Apabila mikroorganisma dalam sisa-sisa makanan dan bahan buangan ini bertindak balas, ianya akan menghasilkan produk yang dipanggil humus.
-Humus yang dihasilkan boleh digunakan untuk menyuburkan tanah, menambah penyerapan air ke dalam tanah, menambah tekstur tanah dan mengurangkan hakisan tanah.

Konklusi: Pembuangan sampah dapat diminimumkan jika semua rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab mereka demi untuk menjadikan Malaysia sebuah tempat yang bersih dan selamat untuk didiami.


Sumber: Era Hijau Terbitan JASM 2012


No comments:

Post a Comment